December 22, 2010

Lalalalala..ari2 carik kerja..lalala..hidup harus kerja..kerja...

Salam..here i am again!..kepada kawan2 y ngah praktikal skang, how ur praktikal? OK or KO?
All the best! chaiyokk2!! lg ckit je nk abis..;-)
memandangkn praktikal dh nk abih proses mcari keje pn bermula..hu2. Tuk org mcm aku ni, kena ar carik keje bkn keje y carik aku..hu2. result final pn ckup2 mkn je..mcm2 application online y aku dh isi.resume pn dh anta.drpd bidang library smpi ar keje y bese2 n lari bidang..hehe.skang ni klu ade rezki tgu org pgl interview je ar.tp kebanyakan job vacancy y aku isi sume nk experience,at least 1 or 2 thn. tp aku anta gak ar.tgk die pny qualification ok,gamble je..isi sebanyak mane y mgkn..Insyallah..klu ade,ade ar tu. Rezeki dimana2. Sebenarnye takut gak nk masuk alam pekerjaan ni..Takut xdpt perform ngan baik. Alam pkerjaan ni byk dugaan. Must be prepared physically n mentally.Semoga Allah mpermudahkan urusan aku didunia..Amin..

ni antara application2 y aku dh isi..hehe;-)

Jobstreet
 
SPA
 
Taylor's University

Popular Bookstore

Marrybrown

SimeDarby
Kepada kawan serumah,sekelas,sefakulti, semoga berjaya mendapat pekerjaan y bagus2 n berjaya dalam hidup..;-)

Adat Perpatih..Masih ade y slh fhm..

Salam...
dh lame rasenye xupdate blog ni..Al-maklum ar bz ber'praktikal'..(konon..hehe).
kali ni aku nk pos pasal adat perpatih.kebetulan semalam br je dgr cite psl adat perpatih drpd seorang hamba Allah ni..Seperti y kite tau adat perpatih ni diamalkn di negeri sembilan je..aku just nk bkongsi info psl adat perpatih ni sbb smpi skang masih ade segelintir y slh anggap pada adat perpatih ni n y jadi mangsanye org2 negeri sembilan..huhu.tp anggapan tu dh berkurang.zaman pn dh berubah.dulu selalu org kate,jgn kawen ngan org n9,nnt xdpt ape2,tgl sehelai sepinggang..nk mbetulkn auta y dh lame org2 malaysia ni pki, kt bawah ni are some of the fact bout adat perpatih.keep reading k..;-)



Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.




Struktur Masyarakat Adat Perpatih

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu [Perut, Suku dan Luak]. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.
Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
1) Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
2) Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
3) Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
4) Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
5) Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

So, secara ringkasnye, harta y diberikan kepada seseorang perempuan itu adalah harta pusaka, bukan harta sepencarian perempuan tu dgn suaminya. Pemberian harta kepada perempuan sahaja bertujuan untuk menjaga kebajikan seseorang perempuan itu sekiranya ditinggalkan oleh suami ataupun mengelakkan dia hidup merempat jika hidup berseorangan. y org pikir selama ni,klu bercerai ke, lelaki tu akan dibuang dr keluarga sehelai sepinggang. Zaman dulu mgkn ade jgk y terjadi,sbb org2 dulu kuat adat dan menyalahgunakannya. Sebenarnye byk jugak nilai2 murni y tkandung dalam adat perpatih ni. ape yang aku paham n dgr dr org len mcm tu lah.klu ade slh ke dlm ape y aku tulis ni maaf la ye. Honestly, aku pn sebenarnye xberape mendalami adat perpatih ni..hu2. So, tu la serba sedikit pasal adat perpatih. Kadang2 aku pn dh nek muak gak. Dulu klu org tny org mane,aku jwb org n9,mst ade y ckp adat perpatih dlu.tp segelintir ar..xsumenye..Tp y penting org N9 BEST!!..HOBIN JANG HOBIN..tetibe..;-)

 


December 13, 2010

Compilation of Sadness n Frustration

Tediam...
Hanya bisa diam
Dingin menyerang di sekujur tubuhku

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

When you forget me
and you don't remember my name
not even a memory
somewhere in the back of your brain
i won't be offended
coz i always knew that the day would come and
be not enough to make you stay

I hung up the phone tonight
Something happened for the first time
Deep inside
It was a rush, What a rush
Coz the possibility
That you would ever feel the same way
About me
It's just too much, Just too much

I just can't sleep tonight,
Knowing that things ain't right
But i know there's sunshine behind that rain,
I know there's good times behind that pain
Can you tell me how i can make a change?

Music starts playin' like the end of a sad movie,
It's the kinda ending you don't really wanna see.
Cause it's tragedy and it'll only bring you down,
Now I don't know what to be without you around.
It's two a.m.
Feelin' like I just lost a friend.
Hope you know it's not easy, Easy for me

He's the reason for the teardrops on my guitar
The only thing that keeps me wishing on a wishing star
He's the song in the car I keep singing, don't know why I do
I don't know what I want, so don't ask me
Cause I'm still trying to figure it out
Don't know what's down this road, I'm just walking
Trying to see through the rain coming down
Even though I'm not the only one
Who feels the way I do

I'm alone, on my own, and that's all I know
I'll be strong, I'll be wrong, oh but life goes on
I'm just a girl, trying to find a place in this world

Just gonna stand there
And watch me burn
But that's alright
Because I like
The way it hurts
Just gonna stand there
And hear me cry
But that's alright
Because I love
The way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now i'm, in this condition
And i've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

I just wanna scream and lose control
Throw my hands up and let it go
Forget about everything and run away, yeah
I just wanna fall and lose myself
Laughing so hard it hurts like hell
Forget about everything and runaway yeah

And I wanna believe you,
When you tell me that it'll be ok,
Ya I try to believe you,
But I don't
When you say that it's gonna be,
It always turns out to be a different way,
I try to believe you,
Not today, today, today, today, today...
I don't know how I'll feel,
tomorrow, tomorrow,
I don't know what to say,
tomorrow, tomorrow
Is a different day

I was left to cry there
Waitin' outside there
Grinnin' with a lost stare
That's when I decided
Why should I care?
'Cuz you weren't there
When I was scared
I was so alone
You, you need to listen
I'm startin' to trip
I'm losin' my grip
And I'm in this thing alone

Waiting for the end to come
Wishing I had strengh to stand
This is not what I had planned
It's out of my control
Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go
I know what it takes to move on
I know how it feels to lie
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got
Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last
I wish it wasn't so

It’s easier to run
Replacing this pain with something numb
It’s so much easier to go
Than face all this pain here all alone
Something has been taken from deep inside of me
The secret I’ve kept locked away no one can ever see
Wounds so deep they never show they never go away
Like moving pictures in my head for years and years they’ve played

I’m sick of the tension, sick of the hunger
Sick of you acting like I owe you this
Find another place to feed your greed -
While I find a place to rest
I want to be in another place
I hate when you say you don’t understand
You’ll see it's not meant to be
I want to be in the energy, not with the enemy
A place for my head

If I'm a bad person, you don't like me
Well I guess I'll make my own way
It's a circle, A mean cycle
I can't excite you anymore
Where's your gavel? Your jury?
What's my offense this time?
You're not a judge but if you're gonna judge me
Well sentence me to another life
Don't wanna hear your sad songs
I don't wanna feel your pain
When you swear it's all my fault
Cause you know we're not the same
We're not the same
Oh we're not the same
Yeah the friends who stuck together
We wrote our names in blood
But I guess you can't accept that the change is good
It's good, It's good
Well you treat me just like another stranger
Well it's nice to meet you sir
I guess I'll go
I best be on my way out
You treat me just like another stranger
Well it's nice to meet you sir
I guess I'll go
I best be on my way out
Ignorance is your new best friend

Tell me where our time went
And if it was time well spent
Just don't let me fall asleep
Feeling empty again
Cuz I fear I might break
And I fear I can't take it
Tonight i'll lie awake
Feeling empty
I can feel the pressure
It's getting closer now
We're better off without you
I can feel the pressure
It's getting closer now
We're better off without you

How can I decide what's right?
When you're clouding up my mind
I can't win your losing fight all the time
Not gonna ever own what's mine
When you're always taking sides
You wont take away my pride
No not this time, Not this time

No sir
Well i don't wanna be the blame not anymore
It's your turn to take a seat
We're settling the final score
Why do we like to hurt so much
Can't decide
You've made it harder just to go on
And why all the possibilities
Well i was wrong
That's what you get when you let your heart win

Think of me when you're out, when you're out there
I'll beg you nice from my knees
When the world treats you way too fairly
It's a shame i'm a dream
Would someone care to classify,
Our broken hearts and twisted minds,
So I can find someone to rely on.
And run, To them, to them
Full speed ahead.
Oh, you are not useless.
We are just...
Misguided ghosts,
Travelling endlessly.
The ones we trusted the most,
Pushed us far away.
And there’s no one road,
We should not be the same.
But I'm just a ghost,
And still they echo me.
They echo me in circles.

I am outside
And I've been waiting for the sun
With my wide eyes
I've seen worlds that don't belong
My mouth is dry with words I cannot verbalize
Tell me why we live like this
Cause we are broken
What must we do to restore
Our innocence
And oh, the promise we adored
Give us life again cause we just wanna be whole

I am finding out that maybe I was wrong
That I've fallen down and I can't do this alone
Stay with me, this is what I need, please..
Sing us a song and we'll sing it back to you
We could sing our own but what would it be without you
I am nothing now and it's been so long
Since I've heard the sound, the sound of my only hope
This time I will be listening..


December 3, 2010

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK..SALAH KE? TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...