August 13, 2010

10 Hadiah Untuk Orang Tersayang

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri,saudara-mara, anak dan sebagainya.Contoh dibawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuaijika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar:Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklahbenar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, janganberangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkantanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam dirikamu.

3. Hadiah Sehelai Nota:Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatifseperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidakdisangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian:Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau"Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yangmungkin merasa dia.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...